Penumpang kereta api tidak pakai pelitup muka diarah turun

Gambar fail menunjukkan kereta api laju SNCF di Paris, Perancis. -Foto AFP
Gambar fail menunjukkan kereta api laju SNCF di Paris, Perancis. -Foto AFP
A
A
A

PARIS - Seorang penumpang diarah keluar dari sebuah kereta api laju di tengah Perancis kerana dia enggan memakai pelitup muka yang diperlukan bagi membantu memerangi penularan koronavirus (Covid-19), kata SNCF iaitu sebuah syarikat kereta api negara itu semalam.

Kereta api dari Paris ke Nice itu berhenti kelmarin di Le Creusot, hampir 300 kilometer dari ibu kota Perancis.

Ia bertujuan bagi membolehkan penumpang tersebut turun dari kereta api tersebut oleh beberapa pengawai keselamatan, kata SNCF.

Dia turut didenda sebanyak 135 euro (RM672.15), kata syarikat tersebut menerusi Twitter.

Menurut Ketua Perjalanan SNCF, Alain Krakovitch, ejen-ejen keselamatan SNCF mempunyai kuasa untuk mendenda para penumpang yang enggan memakai pelitup

muka dan mengiringi mereka keluar dari kereta api kerana dianggap menganggu ketenteraman.

"Adalah memalukan ia berakhir dengan situasi itu tetapi keutamaan kami ialah kesihatan dan keselamatan untuk semua (orang)," katanya menerusi Twitter. - AFP

Artikel Berkaitan: