'Kami tak jual data pengguna'

Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg
A
A
A

SAN FRANCISCO - AMERIKA SYARIKAT. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat media sosial gergasi Facebook, Mark Zuckerberg memperbaharui pembelaannya dengan menegaskan platform tersebut tidak menjual data pengguna.

"Jika kami komited untuk berkhidmat kepada semua orang, jadi kami perlukan perkhidmatan yang mampu dimiliki semua orang. Cara terbaik adalah menawarkan perkhidmatan percuma yang mana iklan membolehkan kami berbuat demikian," katanya menerusi laporan diterbitkan Wall Street Journal, semalam.

2018 adalah tahun paling sukar bagi Facebook selepas ia dihimpit siri skandal berkaitan perlindungan data peribadi selain mencetuskan kebimbangan rangkaian media sosial itu mungkin telah dimanipulasi oleh kepentingan asing untuk tujuan politik.

Walaupun berdepan skandal, pendapatan dan jumlah pengguna media sosial terbabit dilaporkan terus meningkat.

"Kadangkala orang beranggapan kami melakukan perkara yang tidak dibuat oleh kami. Sebagai contoh, kami tidak jual data pengguna walaupun ada laporan mendakwa kami berbuat demikian.

"Jual data pengguna tidak hanya akan menjejaskan kepercayaan penting dalam rangkaian sosial malah ia bertentangan dengan kepentingan perniagaan Facebook kerana pesaing boleh menggunakannya untuk bersaing dalam pengiklanan," katanya lagi. - AFP

Artikel Berkaitan: