11 banduan ditembak mati ketika melarikan diri

Gambar fail menunjukkan Penjara Buimo, Papua New Guinea. - Foto Human Right Watch
Gambar fail menunjukkan Penjara Buimo, Papua New Guinea. - Foto Human Right Watch
A
A
A

PORT Moresby - Seramai 11 banduan ditembak mati setelah sekumpulan tahanan melarikan diri secara beramai-ramai dari Penjara Buimo di bandar kedua terbesar Papua New Guinea, Lae, kata pihak berkuasa hari ini.

Menurutnya, setakat ini 36 banduan lain masih melarikan diri dan masih belum ditangkap.

Tahanan terbabit bertindak melarikan diri selepas memusnahkan sebuah pagar apabila seorang banduan yang sakit dipindahkan bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Kumpulan banduan tersebut kemudian menyerang seorang pegawai yang bertugas dengan menggunakan sebilah parang sebelum melarikan diri ke kawasan pekarangan penjara tersebut.

Seorang pegawai tinggi pemulihan banduan, Komisioner Stephen Pokanis berkata, 11 banduan ditembak mati oleh para pengawal semasa percubaan untuk menangkap mereka dilakukan.

"Kami mengemaskini statistik kami. Sebenarnya terdapat 47 banduan dengan 11 mati dan 36 lagi masih bebas," katanya kepada AFP hari ini.

Ia merupakan kejadian kali keempat banduan-banduan melarikan diri dari penjara di negara tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: