10 wanita pegang jawatan kanan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Gambar fail menunjukkan Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi pada 5 Mac 2020. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi pada 5 Mac 2020. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi melantik 10 wanita bagi memegang jawatan kanan di dua buah masjid paling suci di Makkah dan Madinah, kata pihak berkuasa semalam berikutan pihak kerajaan berusaha meningkatkan bilangan kaum Hawa dalam bidang pekerjaan.

Pelantikan golongan perempuan menduduki jawatan kanan di institusi keagamaan jarang berlaku di negara beraja itu yang kini mengalami liberalisasi secara meluas dan dipelopori oleh Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman.

Kesemua wanita itu dilantik memegang jawatan dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran dan teknikal, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Ia menyatakan, pelantikan tersebut adalah untuk memperkasakan golongan Hawa yang mempunyai kelayakan tinggi dan kemampuan di Arab Saudi.

Dua buah masjid itu sebelum ini melantik 41 wanita memegang jawatan kepimpinan pada tahun 2018, menurut media negara tersebut.

Putera Mohamed mahu meningkatkan pengambilan kaum Hawa dalam sektor pekerjaan sebagai sebahagian daripada rancangannya iaitu Misi 2030 yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi dan menamatkan kebergantungannya terhadap minyak. - AFP

Artikel Berkaitan: