Pemandu lori maut dilanggar lari

PDRM
PDRM
A
A
A

PEKAN - Seorang pemandu lori maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer 63, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang Felda Chini di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu, mangsa, P Chandran, 66,beralamat di Gemas, Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai sedang melintas jalan untuk ke sebuah kedai makan.

Menurutnya, mangsa kemudian dilanggar sebuah kenderaan dipercayai dalam perjalanan menghala ke Kuantan.

"Mangsa maut di tempat kejadian manakala kenderaan dan pemandu terlibat belum dikenal pasti," katanya.

Mohd Razli berkata, pihaknya kini sedang mengesan saksi yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, Inspektor Mohamad Mustaqim Yusoff di talian 0199096836," katanya.

Artikel Berkaitan: