X

Kindly register in order to view this article
!

Bank Islam penuhi keperluan kewangan UniMAP

Mohd Muazzam (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek kepada R Badlishah Ahmad (tiga dari kiri) disaksikan oleh Tuanku Syed Faizuddin (empat dari kiri) dan Tuanku Lailatul Shahreen (empat dari kanan) pada majlis MoU antara Bank Islam dan UniMAP di Arau, Perlis baru-baru ini.
A
A

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan tunai secara menyeluruh kepada universiti berkenaan.

Kerjasama telah ditandangi Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed dan Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad pada majlis perjanjian persefahaman MoU antara Bank Islam dan UniMAP di Dewan Senat, Bangunan Canselori, kampus UniMAP, Arau, Perlis baru-baru ini.

Mencemar duli menyaksikan majlis berkenaan, Tuanku Canselor UniMAP, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Pro Canselor, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mohd Muazzam berkata, kerjasama membolehkan Bank Islam memainkan peranan sebagai peneraju kepada kaedah pembayaran tanpa tunai bagi mewujudkan komuniti tanpa tunai (cashless society).

Menurutnya, usaha sama juga membolehkan peluasan penggunaan kad debit Bank Islam dalam kalangan kakitangan dan pelajar universiti itu.

“Bank Islam amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada UniMAP.

“Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan produk dan perkhidmatan patuh syariah terbaik dan berinovasi serta menawarkan nilai tambah bagi memenuhi keperluan warga universiti ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, sebanyak RM30,000 wang zakat telah disumbangkan oleh Bank Islam kepada UniMAP untuk diagihkan kepada pelajar yang layak menerusi Tabung Zakat UniMAP di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!