X

Kindly register in order to view this article
!

Tapak baharu untuk penjaja, peniaga kecil

Mohd Khairuddin (kiri) melihat proses permohonan lesen oleh penjaja ketika program penyusunan semula peniaga serta penjaja di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh bertempat di Dewan Meranti di sini hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedang mencari tapak baharu kepada 80 penjaja dan peniaga kecil di Seksyen U20 untuk meneruskan perniagaan sementara menunggu tapak baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, kedudukan tapak baharu kelak adalah strategik serta tidak jauh dari tapak asal.

"Kerajaan negeri membenarkan 80 penjaja di Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20 meneruskan perniagaan sementara menunggu tapak baharu.

"Peniaga dan penjaja juga diberikan lesen sementara untuk berniaga bagi memastikan pendapatan mereka tidak terjejas terutama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika program penyusunan semula peniaga serta penjaja di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh bertempat di Dewan Meranti di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan peniaga dan penjaja di kawasan ini dan tidak pernah mengabaikan mereka.

"MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) terutamanya akan membantu penjaja atau peniaga untuk mendapatkan lesen dengan syarat mereka mengemukakan dokumen diperlukan," katanya.

Pada 12 Ogos lalu, 12 Ogos, MBSA menjalankan operasi sita dan roboh susulan serbuan terhadap premis judi haram dan peniaga warga asing termasuk rokok seludup di kawasan berkenaan.

Dalam operasi dijalankan itu, MBSA mengeluarkan 101 notis terhadap premis yang membina struktur tambahan tanpa izin PBT berkenaan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Dalam pada itu, semalam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggesa MBSA membantu peniaga kecil tempatan yang memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen perniagaan.

Pada masa sama,Amirudin menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut supaya membanteras perniagaan dijalankan oleh warga asing.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!