'Saya akan cuba sedaya upaya tunai tanggungjawab'

Al Sultan Abdullah (kanan) beramah mesra bersama penerima sumbangan, Rizal Rashid, 40 yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) di Masjid Baharu Kuantan di sini, hari ini.
Al Sultan Abdullah (kanan) beramah mesra bersama penerima sumbangan, Rizal Rashid, 40 yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) di Masjid Baharu Kuantan di sini, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah akan sebaik mungkin menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berkuatkuasa 31 Januari ini.

Baginda turut syukur ke hadrat ALLAH SWT atas anugerah dan amanah di samping menjunjung kasih kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mengalas jawatan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menunaikan dan melunaskan segala tanggungjawab saya dan sudah tentu saya amat memerlukan kerjasama rapi nasihat dan panduan.

"Ini perlu dilakukan supaya sama-sama kita dapat melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin dan mudah-mudahan mendapat rahmat ALLAH SWT dan memajukan negara Malaysia," titahnya.

Beliau bertitah demikian ketika berkenan menghadiri Majlis Santapan sempena memuliakan Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah di Masjid Baharu Temerloh di sini, hari ini.

Al Sultan Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada 200 golongan asnaf pada program tersebut.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merafak kesyukuran atas pelantikan Al Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang telah diberi kepercayaan positif oleh Raja-Raja dan Sultan di negeri ini.

"Saya berdoa agar Tuanku (Al Sultan Abdullah) akan menjalankan sebaik-baiknya amanah dan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Artikel Berkaitan:

"Tuanku (Al Sultan Abdullah) ketika menjadi Pemangku Raja Pahang selama empat tahun, Baginda banyak menjalankan tugas dengan baik.

"Dan saya rasa dan yakin Tuanku akan cuba untuk menjadi yang lebih baik buat rakyat. Saya akan sentiasa menyokong dan mengikutinya dari belakang," titahnya.