X

Kindly register in order to view this article
!

Haier kini dibuka di Sungai Petani

Haier menampilkan pelbagai produk kelengkapan rumah yang berinovasi tinggi dan berkualiti.
A
A

JENAMA produk kelengkapan rumah, Haier Malaysia melalui Haier Brand Shop membuka cawangan kelimanya di alamat 195, Jalan Legenda 7, Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah sebagai usaha untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran.

Pengarah Pemasaran dan Jualan Haier, Patrick Seow berkata, Haier Brand Shop cawangan baharu itu menawarkan pelbagai produk rangkaian perkakasan rumah yang berinovasi tinggi seperti peti sejuk, pembeku, mesin basuh, penyaman udara, televisyen dan perkakasan dapur yang memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan ketika mengunjungi premis berkenaan.

Menurutnya, sempena pembukaan cawangan berkenaan pada 8 Ogos lalu, Haier Malaysia telah mengadakan promosi menarik sebagai menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong jenama itu bermula 8 Ogos hingga 30 September ini.

“Pelanggan bakal menikmati Haier Special Deals dan pelbagai barangan percuma dengan mengunjungi cawangan baharu kami.

“Mereka juga bakal menikmati promosi hebat dan penjimatan sehingga RM2,300 selain pelbagai hadiah misteri yang menanti di Haier Brand Shop di Sungai Petani,” katanya kepada Bisnes Sinar.

Jenama global terkemuka bagi perkakasan utama di rumah itu bertapak di pasaran Malaysia sejak 15 tahun lalu. Setakat ini, syarikat berkenaan memiliki lima buah Haier Brand Shop di bandar-bandar utama Semenanjung Malaysia.

Katanya, lokasi Haier Brand Shop di Lagenda Heights itu sangat strategik kerana terletak di bandar Sungai Petani.Ditubuhkan di Qingdao, China pada 1984, Haier Group adalah penyedia penyelesaian dunia untuk kehidupan lebih baik.

Ia berjaya menduduki tangga teratas dalam senarai Global Major Appliances Brand Rankings oleh Euromonitor International selama 11 tahun berturut-turut dari 2009-2019.

Di samping itu, jenama tersebut juga termasuk dalam senarai Global 500 dan World’s Most Admired Companies majalah Fortune serta World’s 2,000 Largest Public Companies majalah Forbes.

Matlamat syarikat itu ialah memperluaskan liputan saluran pemasarannya melalui pengedar berkualiti dan rantaian kedai yang strategik dengan strategi produk berbeza diterajui oleh Haier Brand Shop.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!