X

Kindly register in order to view this article
!

Nak berkelah, lembu pula datang...

Salsabilla yang sedang berkelah didatangi sekumpulan lembu. - Foto Tribun News
A
A

JAWA - Sekumpulan wanita cemas seketika setelah segerombolan lembu mendekati mereka dan makan makanan mereka semasa berkelah di danau Citra Indah Jonggol.

Kejadian itu dikongsi menerusi akaun TikTok @ssbllaptr hingga tular di laman sosial, lapor Tribun News.

Dalam video tersebut memaparkan lembu sedang makan makanan, bunga, gelas, topi dan buku yang tersusun rapi di atas kain.

Salsabilla Novianti berkata, mereka menyusun barang-barang itu sebelum merakam gambar kerana lokasi di situ sangat luar biasa.

"Tempat ini biasa digunakan untuk berjoging dan lakukan riadah pada waktu petang," katanya.

Salsabilla tidak menyangka bahawa perkelahan itu bertukar haru-biru.

"Baru duduk, tiba-tiba sekumpulan lembu datang.

"Panik sehingga saya tidak berfikir untuk menyimpan makanan terlebih dahulu, saya hanya mampu menjerit.

"Walaupun barang-barang telah rosak, kami tetap berkelah," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!