Al-Sultan Abdullah kebanggaan rakyat

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

ALOR GAJAH - Kerajaan Melaka turut merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah, sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, rakyat negeri ini berasa sangat bersyukur dengan pelantikan itu memandangkan jiwa serta sikap baginda Sultan Pahang termasuk keluarganya yang sentiasa hampir dengan rakyat sekali gus menjadi satu kebanggaan buat rakyat Malaysia.

"Saya yakin rakyat boleh berpayung di bawah Seri Paduka Baginda untuk menaungi negara.

"Kalau kita lihat sifat dan sikap baginda memang hampir kepada rakyat dan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang sultan yang boleh memayungi rakyat," katanya.

Semalam, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari ini.

Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara.

Artikel Berkaitan: