KSM bintang kebesaran paling saya minati: Tun M

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada program perjumpaan bersama warga Sungai Koyan di Dataran Sungai Koyan 1, hari ini. Foto: Bernama

A
A
A

KUALA LIPIS - “Bintang Kebesaran yang paling saya minati ialah KSM, Kerja Sampai Mati,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil berseloroh.

Pengerusi PH itu, yang melakar sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali kedua pada 10 Mei lepas susulan kemenangan PH pada PRU14, berkata selagi ada hayat, beliau akan terus cuba memperbetulkan keadaan dalam negara.

Beliau menegaskan khidmatnya untuk negara bukan kerana duit, sebaliknya kerana sayang kepada negara.

"Ini negara kita, kita dilahir di sini, dibesar di sini, berkahwin di sini, dapat anak di sini dan anak kita dapat banyak manfaat daripada negara ini.