X

Kindly register in order to view this article
!

Creador Foundation sedia pendidikan kewangan percuma

Brahmal Vasudevan
A
A

CREADOR Foundation melancarkan sebuah platform pendidikan kewangan dikenali sebagai Multiply.

Ketua Pengarah Eksekutif Creador yang juga Pemegang Amanah Creador Foundation, Brahmal Vasudevan berkata, platform berkenaan dihasilkan untuk memudahkan pembelajaran tentang kewangan peribadi.

Menurutnya, ia mampu mengisi keperluan kritikal untuk meningkatkan kadar celik kewangan di Malaysia kerana 33 peratus rakyat di negara ini merasakan mereka mempunyai tahap pengetahuan yang rendah tentang kewangan

Katanya, Multiply mengguna pakai amalan berasaskan bukti untuk menawarkan kandungan tentang kewangan peribadi yang mudah difahami, bermanfaat, menyeluruh dan percuma.

Jelasnya, usaha tersebut dihasilkan dengan kerjasama penganalisis kewangan Creador serta pakar bidang yang berkaitan.

“Ia kemudiannya diolah dan disesuaikan untuk rakyat Malaysia melalui proses penilaian yang dijalankan bersama kumpulan fokus.

“Dengan cara ini, Multiply dapat memastikan ia mampu memenuhi keperluan golongan dewasa di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehubungan itu, satu kuiz telah dianjurkan menerusi platform berkenaan untuk melihat sejauh mana rakyat Malaysia mampu menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Orang ramai boleh menjawab dengan mengakses pauatan https://multipy.org.my/.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!