X

Kindly register in order to view this article
!

Tujuh maut, Alza bertembung lori

Nahas membabitkan dua kenderaan menyebabkan tujuh termasuk dua kanak-kanak maut di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands. - Foto ihsan pembaca
A
A

IPOH - Tujuh termasuk dua kanak-kanak dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands di sini, petang tadi.

Laporan awal menyebut, kejadian sekitar jam 5.55 petang itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dan sebuah lori.

Kejadian turut menyebabkan tiga yang lain cedera.

Mangsa maut merupakan dua kanak-kanak lelaki, tiga wanita dewasa dan dua lelaki dewasa. - Foto ihsan pembaca
Mangsa maut merupakan dua kanak-kanak lelaki, tiga wanita dewasa dan dua lelaki dewasa. - Foto ihsan pembaca

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa maut merupakan dua kanak-kanak lelaki, tiga wanita dewasa dan dua lelaki dewasa.

Dua lagi kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki dewasa cedera parah.

Setakat ini, tiga mangsa berjaya dikeluarkan dan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Operasi menyelamat mangsa yang tersepit masih dijalankan di lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dan lori di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands petang tadi. - Foto ihsan pembaca
Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dan lori di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands petang tadi. - Foto ihsan pembaca


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!