X

Kindly register in order to view this article
!

Harga pelitup muka ditetapkan RM1

pelitup muka
Kerajaan memutuskan harga pelitup muka jenis tiga lapis kini diturunkan kepada RM1 berbanding RM1.50 sebelum ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan harga pelitup muka jenis tiga lapis kini diturunkan kepada RM1 berbanding RM1.50 sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai semua perkara.

Menurutnya, langkah itu juga diharap dapat membantu rakyat khususnya golongan ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk kanak-kanak ke sekolah susulan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan sesak mulai 1 Ogos lalu.

"Penurunan harga maksimum pelitup muka adalah langkah yang bersifat 'soft landing approach' bagi membolehkan stok-stok yang dibawa masuk terdahulu dengan kos yang lebih tinggi dengan menggunakan pengangkutan udara dapat dijual bagi mengurangkan kerugian pengimport akibat daripada penurunan harga ini.

"Kementerian bersedia untuk menurunkan lagi harga siling tersebut ke paras yang lebih rendah di masa-masa akan datang," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Cha Kee Chin (PH-Rasah) sama ada harga pelitup muka akan diturunkan lagi memandangkan ia kini menjadi barangan keperluan bagi rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan pelitup muka adalah mencukupi dan pengeluaran sedang dipertingkatkan.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 1 April lalu telah mewartakan harga maksimum pelitup muka adalah RM1.50 seunit melalui Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No 2) (Pindaan) 2020.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!