Netizen samakan kes Asri Janggut seperti dalam filem One Two Jaga

Komen netizen mengenai filem One Two Jaga.
Komen netizen mengenai filem One Two Jaga.
A
A
A

FILEM One Two Jaga kembali hangat diperkatakan oleh warganet selepas isu pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh di Sungai Buloh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Filem kedua arahan bekas calon Pengarah Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26 (2014), Nam Ron itu dikaitkan dengan beberapa isu melibatkan pihak polis.

Diterajui oleh pelakon hebat Zahiril Adzim sebagai pegawai polis muda bernama Hussein yang cuba berpegang kepada prinsip apabila mengesyaki rakan sekerjanya, Hassan (Rosdeen Suboh) sering menerima rasuah.

Filem One Two Jaga trending di Twitter selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kenyataan, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej PDRM dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

Polis juga memberitahu, maklumat yang diberikan dalam video tersebut tidak tepat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berniat cetus kontroversi, Asri Janggut mohon maaf...

'Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya'

'Kasihan nasib Asri Janggut dicari polis'

Artikel Berkaitan:

Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut

AMK tawar khidmat guaman kepada Asri Janggut

Berhubung isu tersebut, netizen terpanggil melontarkan pendapat dan pandangan mereka mengenai video yang dikaitkan dengan filem One Two Jaga.

Kata @zarep, "Untuk memahami situasi terkini, boleh dapatkan naskah One Two Jaga dari @BukuFixi. Selamat menonton!"

Ujar @lajipuding pula, "Untuk memahami konteks lebih mendalam dan kenapa semua ni boleh berlaku tengok One Two Jaga."

@fariz pula membidas, "Kalau One Two Jaga tu kamu semua kata realiti penguat kuasa sekarang, Gerak khas yang tangkap penjenayah dalam satu jam tu pun realiti jugak, jangan nafi."

Dalam pada itu, kongsi @nisrdz, sewaktu filem One Two Jaga ditayangkan di pawagam, ia dikatakan kurang mendapat sambutan namun kisahnya cukup menarik.

"Saya pernah tonton One Two Jaga seorang diri sebab kawan tengok filem lain. Memang dalam panggung masa itu tak ramai pun tapi cerita ni sejujurnya, menarik."