X

Kindly register in order to view this article
!

AMK tawar khidmat guaman kepada Asri Janggut

Mohd Asri
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) sedia menawarkan khidmat guaman sekiranya pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid dikenakan tindakan undang-undang susulan pendedahannya mengenai premis judi dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh kelmarin.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tawaran itu diberikan sebagai solidariti kepada Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut atas tindakan beraninya membuat pendedahan terhadap kegiatan itu.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menumpukan kepada isu atau perkara yang dibangkitkan dan bukannya menyiasat pemberi maklumat.

"Berdasarkan kenyataan PDRM semalam, Asri Janggut kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Tindakan sedemikian jika tidak diurus dengan baik boleh menghakis kredibiliti pihak berkuasa, mengurangkan keyakinan orang ramai untuk berkongsi maklumat kepada PDRM," katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PDRM yang akan menyiasat pengadu susulan pendedahan videonya mengenai kegiatan haram itu melalui Facebook Hot Burger kerana didakwa memfitnah pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN 'Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya'

Tular video premis judi: Polis akan ambil tindakan, kata KPN

Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, daripada menghukum pengadu terbabit adalah wajar untuk PDRM memberi perlindungan Asri Janggut kerana keselamatannya akan terancam selepas pendedahan itu.

Dalam perkembangan sama, Akmal Nasrullah mengulangi gesaan supaya Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu dikaji semula dan ditambah baik.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar dalam satu sidang akhbar semalam berkata, Mohd Asri yang disyaki menularkan video berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat.

Katanya, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej polis dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

Mohd Asri dalam satu kenyataan susulan selepas itu mengakui kesal dengan keputusan polis dan mengharapkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, membanteras kegiatan berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!