Peristiwa 34 tahun berulang kembali

Lissa (kiri) bersama David dan gambar kanan, Lissa bersama anak David, Zayne juga bayi pramatang. - Foto Metro.co.uk
Lissa (kiri) bersama David dan gambar kanan, Lissa bersama anak David, Zayne juga bayi pramatang. - Foto Metro.co.uk
A
A
A

EDISON - Seorang lelaki tidak menyangka akan bertemu semula dengan jururawat yang menjaganya ketika dia dilahirkan pramatang, 34 tahun lalu di Edison, New Jersey.

Lebih menggembirakan pertemuan itu berlaku selepas isteri lelaki tersebut, Renata Freydin, 34, melahirkan bayi pramatang dan dijaga oleh jururawat yang sama, Lissa McGowan di hospital yang sama, lapor Metro.co.uk.

David Caldwell, 33, sebelum itu cemas kerana bayinya, Zayne Caldwell dilahirkan tiga minggu lebih awal namun kegusaran itu tidak lama selepas mendapati Zayne akan dijaga oleh Lissa.

David bersama Lissa memegang Zayne di hospital. - Foto Metro.co.uk
David bersama Lissa memegang Zayne di hospital. - Foto Metro.co.uk

Ibu bapa David hanya menyedari cucu mereka dijaga oleh Lissa ketika melihat album keluarga lama yang disimpan rapi dan ibunya turut memuji kecekapan jururawat itu.

David kemudiannya mengambil gambar dia bersama Lissa dan dipadankan dengan gambar kini anaknya, Zayne bersama Lissa.

"Saya tak sangka akan bertemu Lissa sekali lagi selepas dilahirkan. Ternyata ini momen yang cukup bermakna," katanya.

Artikel Berkaitan: