'Mohamad Rafidee, 200 ahli Bersatu dialu-alukan sertai PKR'

SHAMSUL ISKANDAR
SHAMSUL ISKANDAR
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kulau Krau, Mohamad Rafidee serta 200 ahli menyertai PKR.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penyertaan bekas calon bagi Parlimen Kuala Krau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu akan memperkukuhkan lagi Pakatan Harapan (PH) di kawasan Kuala Krau.

"Pastinya idea dan khidmat beliau diperlukan dalam ikhtiar untuk merampas kerusi tersebut.

"Keadilan percaya beliau selaku mantan calon Parlimen Kuala Kurau telah membuat keputusan tepat meninggalkan Bersatu yang sudah menyimpang daripada matlamat perjuangan asal menentang kleptokrasi, sekali gus mengkhianati mandat rakyat pada PRU14," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sebagai parti berbilang kaum, PKR sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bersama dalam perjuangan memartabatkan hak rakyat, ekonomi yang saksama, menegakkan keadilan dan melakukan perubahan institusi serta sistem dalam negara.

"Keadilan sekali lagi mengucapkan selamat datang kepada Mohamad Rafidee bersama 200 bekas ahli Bersatu Kuala Krau ke dalam keluarga besar Keadilan," katanya.

Semalam, Mohamad Rafidee, 47 bersama 200 lagi ahli Bersatu Bahagian Kuala Krau keluar parti dan menyertai PKR atas kerelaan diri sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Menurutnya, dengan keputusan tersebut, beliau juga mengisytiharkan menyertai PKR yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN Bekas Ketua Bersatu Kuala Krau keluar parti, sertai PKR

Artikel Berkaitan: