Pengorbanan Syahmi Syazli berhenti belajar berbaloi

Syahmi mengumpul lebih 2.3 juta pengikut di saluran Youtubenya
Syahmi mengumpul lebih 2.3 juta pengikut di saluran Youtubenya
A
A
A

[LAPORAN KHAS] MINAT yang mendalam melalui bidang videografi dan gajet, bintang YouTube Malaysia, Syahmi Sazli, 25, tidak menoleh ke belakang lagi selepas menyedari platform digital itu mendatangkan hasil yang lumayan.

Syahmi atau nama sebenarnya Muhammad Syahmi Sazli mula dikenali melalui video pendek pertamanya bertajuk Baso Jate Pilih Rupo yang dimuat naik di saluran YouTube pada bulan Mac 2017.

Selepas video berdurasi seminit 17 saat itu tular, anak kelahiran Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan itu mengambil keputusan berhenti pengajian di Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM).

Syahmi bersama isteri dan anaknya.Foto: IG Syahmi Sazli
Syahmi bersama isteri dan anaknya.Foto: IG Syahmi Sazli

“Sebenarnya selepas video pertama saya viral, barulah saya nampak ada peluang untuk menjana pendapatan melalui platform sosial media terutama YouTube. Terus saya ambil keputusan untuk berhenti belajar dan fokus kepada membuat kandungan di Facebook dan YouTube,” katanya kepada Sinar Harian.Syahmi yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Anissa Faizul dan memiliki seorang cahaya mata, Ainul Mardhiah yang lahir pada 2019 lalu adalah antara YouTuber paling berjaya.

Melalui videonya spontan yang mengetengahkan dua bakat besar dalam golongan orang kurang upaya iaitu Yoe dan Asif, Syahmi kini mengumpul lebih 2.34 juta pengikut.

Syahmi (tengah) bersama barisan pelakon yang menjayakan pelbagai siri video drama spontannya.Foto: IG Syahmi Sazli
Syahmi (tengah) bersama barisan pelakon yang menjayakan pelbagai siri video drama spontannya.Foto: IG Syahmi Sazli

Walaupun tidak mendedahkan jumlah pendapatannya dan menafikan pendapatan bulanannya RM500,000, Syahmi dipercayai mampu menjana keuntungan lumayan berdasarkan videonya yang mencecah jutaan tontonan.

Artikel Berkaitan:

“Ura-ura yang mengatakan kami YouTuber jana sehingga setengah juta sebulan itu tidak benar. Tapi dengan pendapatan YouTube itu mampu mengubah kehidupan saya sekeluarga,” katanya.