YouTube lubuk emas orang muda buat duit

Lebih ramai anak muda kini berjinak-jinak sebagai YouTuber atau streamer permainan video.
Lebih ramai anak muda kini berjinak-jinak sebagai YouTuber atau streamer permainan video.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] ZAMAN teknologi di hujung jari pada hari ini telah mengubah landskap ‘pencari mata wang’ termasuklah golongan muda.

Mereka menyedari bahawa medium media sosial yang popular mampu mendatangkan keuntungan lumayan.

Malah tidak salah jika dikatakan YouTube dan Facebook merupakan lubuk emas yang menawarkan pendapatan berjuta ringgit.

Menyokong pandangan itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Amirah Ismail berpendapat menggunakan sepenuhnya medium sosial sebagai kerjaya merupakan satu tindakan yang bijak kerana kedua-dua platform itu bercirikan free market.

Alyssa Dezek memiliki lebih 3.25 juta pengikut di laman YouTubenya.
Alyssa Dezek memiliki lebih 3.25 juta pengikut di laman YouTubenya.

Bahkan, katanya, melibatkan diri dengan menggunakan sepenuhnya kelebihan teknologi itu mendatangkan keuntungan berganda berbanding mengerah tenaga mencari pendapatan secara konvensional.

“Sangat-sangat bijak sekiranya mereka memanfaatkan segala potensi dan juga segala apa sahaja yang ada dalam YouTube mahupun Facebook. Saya rasa ini satu tindakan yang agresif dan bijak,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Syahmi mengumpul lebih 2.33 juta pengikut di laman YouTubenya.
Syahmi mengumpul lebih 2.33 juta pengikut di laman YouTubenya.

Artikel Berkaitan:

Bagi Pensyarah Kanan Jabatan Seni Reka Grafik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kampus Seri Iskandar, Ahmad Sofiyuddin Mohd Shuib, pada masa kini YouTube, Facebook atau media sosial adalah sebahagian daripada hidup anak muda kerana mereka merupakan digital native iaitu generasi yang lahir pada era teknologi.

Tegasnya, berkait rapat dengan revolusi industri 4.0 masa kini, capaian media sosial berkenaan dapat diakses dengan begitu mudah melalui telefon bimbit mahupun televisyen berteknologi tinggi di rumah.

“YouTube merupakan platform yang menawarkan pelbagai video. Ia juga sebagai platform untuk seseorang berkongsi bakat dengan menyampaikan kandungan yang menarik. Dengan kandungan yang mengikut unik atau trending, ia mewujudkan pengikut kepada seseorang penyampai,” katanya.