Bekas askar terlantar sakit dibantu

Siti Salmiah menerima sumbangan daripada Adnan yang menziarahi suaminya.
Siti Salmiah menerima sumbangan daripada Adnan yang menziarahi suaminya.
A
A
A

MORIB – Bekas anggota tentera yang terlantar sakit sejak tahun lalu, menerima sumbangan daripada ahli Veteran TLDM Intake 147/82.

Bantuan disampaikan wakil persatuan, Adnan Abd Malik di rumah Mat Arif Dolah Kasiron, 66, di Kampung Indah, di sini.

Adnan berkata, sumbangan diberikan bagi meringankan beban ditanggung keluarga bekas anggota TLDM yang terlantar sakit sejak setahun lalu itu.

“Ini hanya sumbangan kecil daripada rakan-rakan seangkatan beliau dan kami berharap ia dapat meringankan beban ditanggung keluarga,” katanya.

Sementara itu, isteri Mat Arif, Siti Salmiah Misbah, 54, berkata, suaminya, tidak dapat bergerak dan kehidupannya kini seperti seorang bayi yang memerlukan penjagaan rapi.

“Dia kini hanya bergantung pada susu khas yang disalurkan melalui tiub khas. Harga susu khas RM81 satu tin yang hanya mampu bertahan untuk dua hari sahaja. Itu belum termasuk lampin pakai buang.

“Memang Lembaga Zakat Selangor (LZS) ada beri sumbangan susu khas tapi ia masih tak mencukupi,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat bekerja kerana suaminya perlu penjagaan rapi.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga suami sambil dibantu dua lagi anak bergilir jaga dan beri susu khas tiga jam sekali selain memeriksa serta menukar lampin.

“Kami kini hanya bergantung pada pencen suami sahaja,” katanya mempunyai seorang anak masih bersekolah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi talian 019-2968717 atau salur ke akuan BSN Siti Salmiah Misbah, 1030029000173345.