Penyu agar terperangkap diselamatkan

Seekor penyu agar betina yang terperangkap di bawah timbunan sebatang pokok tumbang di Pantai Cakar Hutan, Kampung Labohan, Kerteh berjaya dikeluarkan dan dilepaskan semula ke laut. Foto: Bernama
Seekor penyu agar betina yang terperangkap di bawah timbunan sebatang pokok tumbang di Pantai Cakar Hutan, Kampung Labohan, Kerteh berjaya dikeluarkan dan dilepaskan semula ke laut. Foto: Bernama
A
A
A

CHUKAI - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh menyelamatkan seekor penyu agar betina seberat 150 kilogram yang terperangkap di bawah timbunan pokok tumbang di Pantai Cakar Hutan, Kampung Labohan, Kerteh pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Terengganu, Shahrizal Shamsudin berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 pagi, seramai 10 anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketika anggota kita sampai ke lokasi, terdapat seekor penyu terperangkap di bawah timbunan sebatang pokok tumbang dan pihak bomba bertindak membuat laluan keluar dan memotong pokok berkenaan menggunakan alatan pemotong kayu.

“Penyu tersebut berjaya dikeluarkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak bomba kemudiannya melepaskan kembali penyu itu ke laut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Shahrizal berkata, operasi menyelamat penyu terbabit selesai pada jam 10 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: