APM Kluang tangkap ular sawa 180kg

Ular sawa yang berjaya ditangkap anggota APM.
Ular sawa yang berjaya ditangkap anggota APM.
A
A
A

SIMPANG RENGGAM – Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang kira-kira enam meter di sebuah ladang kelapa sawit di Ladang Nenas, di sini, petang kelmarin.

Pegawai APM Kluang, Kapten (PA) Mohd Hairol Isahak berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.19 petang daripada pekerja ladang tersebut yang memaklumkan mengenai penemuan reptilia berkenaan.

“Ular tersebut ditemui oleh pekerja ladang yang sedang menebas semak dan secara tidak sengaja telah menebas reptilia berkenaan sebelum menghubungi kami bagi kerja-kerja menangkap ular ini.

“Kerja-kerja menangkap ular tersebut juga agak mudah kerana reptilia berkenaan tidak bertindak ganas seperti sudah keletihan dan dipercayai keluar dari habitatnya untuk mencari makanan,” katanya.

Mohd Hairol berkata, operasi menangkap ular tersebut mengambil masa kira-kira 10 minit dan anggotanya juga turut mendapat bantuan daripada penduduk kampung sebelum ular seberat kira-kira 180 kilogram itu dimasukkan ke dalam sangkar yang disediakan oleh APM.

Katanya, ular tersebut tidak agresif dipercayai kerana keletihan akibat cuaca panas sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kluang untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak bertindak sesuka hati sekiranya terserempak reptilia ini kerana bimbang boleh mencederakan dan mendatangkan bahaya.

Artikel Berkaitan: