X

Kindly register in order to view this article
!

Tular video premis judi: Polis akan ambil tindakan, kata KPN

Abdul Hamid
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan berhubung dakwaan kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.

"Judi menjahanamkan masyarakat kerana ia mengembangkan perlakuan lain-lain jenayah.

"Polis akan siasat dakwaan individu terbabit yang mengatakan berlakunya kegiatan perjudian di kawasan itu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.

Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih sejuta tontonan dan 22,000 perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan.

Mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!