Istilah kereta terbang merujuk 'super drone'

Industri dron mempunyai potensi yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa untuk diaplikasikan ke pelbagai sektor. (Gambar kecil: Wan Junaidi)
Industri dron mempunyai potensi yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa untuk diaplikasikan ke pelbagai sektor. (Gambar kecil: Wan Junaidi)
A
A
A

KETIKA sesi menjawab soalan berbangkit bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) di Dewan Rakyat Rabu lalu, Ahli Parlimen Lumut dari Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli telah bertanya mengenai usaha kerajaan berkaitan pembangunan 'kereta terbang'.

Pada sesi itu saya telah menjelaskan bahawa istilah 'kereta terbang' itu sebenarnya merujuk ‘super drone’ mengikut konteks sebenar dalam industri ‘Air Mobility’.

Namun saya terpanggil untuk sekali lagi memberi penjelasan berikutan ada beberapa pihak yang masih tidak begitu jelas dengan jawapan yang saya berikan itu agar tidak timbul sebarang salah faham.

Sebenarnya industri 'dron' dan 'super drone' dalam kontek 'Air mobility' ini mempunyai potensi yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa di samping untuk 'urban mobility' industri ini boleh diaplikasikan ke pelbagai sektor yang lain.

‘Air Mobility’ ini juga turut dilengkapi dengan teknologi terkini seperti Artificial Intelligence (AI), Big Data, Mobility dan Internet of Things (IOT) dan usahawan mikro khususnya yang kini sedang berkembang pesat terutamanya di peringkat antarabangsa

Di Malaysia, industri ini pada masa ini masih diterajui dan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta dan tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan.

MEDAC hanya berperanan sebagai pemudah cara kepada pembangunan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam industri ini yang memfokuskan kepada perkhidmatan 'dron' atau 'super drone'.

Industri ‘Air Mobility’ ini serta lain-lain industri berteknologi tinggi merupakan industri yang berpotensi dan berupaya membuka peluang kepada satu bidang keusahawanan yang baru dan boleh dikomersialkan terutamanya di peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Pasir Mas dari Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong,

Datuk Dr Noraini Ahmad yang juga Pengerusi PAC pada 28 November tahun lalu bahawa projek kereta terbang menerima suntikan dana kerajaan sebanyak RM20 juta, oleh kerana saya tidak mempunyai butiran lanjut saya telah tidak menjawab soalan tersebut.

Namun begitu setelah mendapat maklumat yang di pinta oleh Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut hari ini, saya ingin memperjelaskan bahawa ada permohonan untuk RM20 juta, tetapi, bukan untuk apa yang di katakan sebagai 'Projek kereta terbang' tetapi, untuk research ke atas 'National car prototype'.

Permohonan peruntukan RM20 juta asalnya dibincang pada Majlis Pengarah yang dilantik terdiri daripada lantikan profesional dalam pelbagai latar pembangunan negara ketika itu untuk prototaip projek kereta nasional baharu yang disalurkan kepada DreamEdge melalui The Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

Untuk pengetahuan, MIGHT ketika itu adalah terletak di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

Peruntukan RM8 juta yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Negara disalurkan kepada Syarikat DreamEdge menggunakan peruntukan geran R&D InnoFund dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi membangunkan projek kereta nasional yang baharu ini.

Namun begitu saya yakin bahawa kementerian yang terbabit dalam menyalurkan dana berkenaan akan memantau kemajuan projek dan status suntikan fiskal itu.

Sekali lagi saya ingin menjelaskan bahawa keutamaan MEDAC sekarang bukanlah projek, 'dron' atau 'super drone' tetapi memberi perhatian khusus kepada pembangunan usahawan PKS, mikro dan koperasi yang terjejas akibat pandemik Covid-19, di samping berusaha untuk mencapai hasrat dan matlamat yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030.

* Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi