Letupan di Beirut: Rumah Carlos Ghosn alami kerosakan

Carlos Ghosn (kiri) dan isterinya, Carole Ghosn. - Foto: AFP
Carlos Ghosn (kiri) dan isterinya, Carole Ghosn. - Foto: AFP
A
A
A

SAO PAOLO - Kediaman bekas Pengerusi Nissan Motor Co, Carlos Ghosn di Lubnan dilaporkan rosak akibat letupan besar di pusat bandar Beirut kelmarin, lapor sebuah akhbar Brazil yang memetik kenyataan isterinya, Carole.

Menurut Carole Ghosn kepada O Estado de S Paulo, keluarga mereka selamat tetapi rumah tersebut yang terletak kira-kira lima kilometer daripada lokasi letupan mengalami kerosakan.

Ghosn yang merupakan warganegara Brazil, Perancis dan Lubnan dibebaskan dengan ikat jamin pada tahun lalu dan telah melarikan diri ke Lubnan dari Jepun di mana beliau diberkas atas dakwaan salah laku kewangan di Nissan.

Kerajaan Jepun memohon ekstradisi Ghosn melalui agensi polis antarabangsa (Interpol) namun Lubnan enggan menyerahkan lelaki terbabit.

Difahamkan, Tokyo tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara Asia Barat.

Menurut pemerintah Lubnan, kejadian letupan yang berlaku kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan) semalam menyebabkan lebih 100 maut dan ribuan lagi cedera. - Agensi

Artikel Berkaitan: