'Md Rayhan tetap akan diusir keluar dari Malaysia'

Md Rayhan
Md Rayhan
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menegaskan bahawa warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir tetap akan diusir keluar setelah proses siasatan selesai.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, buat masa ini siasatan masih dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya difahamkan hasil siasatan itu telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Setelah selesai proses itu, dia (Rayhan) akan dihantar pulang ke negara asalnya, Bangladesh," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Al Jazeera: Md Rayhan mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Peguam gagal jumpa Md Rayhan

Suhakam dakwa usir Md Rayhan sebagai terburu-buru

Dokumentari Al Jazeera: Polis ambil keterangan Md Rayhan

Selain itu, beliau berkata, pas lawatan kerja Rayhan juga sudah ditamatkan.

Artikel Berkaitan:

Ketika ditanya pemberita, Khairul Dzaimee berkata, beliau tidak boleh memberi tarikh jangkaan Rayhan akan dibawa keluar dari Malaysia.

"Cuma, penerbangan paling awal ke Bangladesh ialah pada 31 Ogos ini. Dia akan disenarai hitam untuk selama-lamanya," katanya.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan koronavirus (Covid-19).