X

Kindly register in order to view this article
!

Cadang buka semula inkues kes Adib

Hamzah Zainudin
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim telah dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lepas, disusuli dengan beberapa cadangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, rujukan semula kes berkenaan antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terlibat dalam kematian Adib pada 17 Disember 2018 itu dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Hamzah berkata, antara cadangan yang dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.

"Ia akan dibuat mengikut peruntukan Seksyen 339(2) Kanun Tatacara Jenayah dan tindakan ini susulan keputusan yang dicapai Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September lepas.

"Mahkamah memutuskan punca kematian Adib bukan disebabkan kemalangan tetapi perbuatan jenayah oleh dua orang atau lebih suspek,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Hamzah berkata, berdasarkan keputusan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan selari arahan Jabatan Peguam Negara dan mengumpul bukti yang ada untuk dikemukakan semula kepada pihak pendakwaan.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari menerima rawatan.
Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari menerima rawatan.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 September tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!