Tiga maut dihempap lori pembancuh simen

Tiga maut dihempap lori pembancuh simen

No Image Caption
A
A
A

TUARAN - Tiga buruh binaan termasuk seorang wanita maut selepas sebuah lori pembancuh simen yang dikatakan hilang kawalan sewaktu menuruni bukit terbalik dan bergolek menghempap mangsa di Kampung Sinopukan di Jalan Pahu, Kiulu di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, lori yang jatuh bergolek sejauh 70 meter itu turut menyebabkan tiga buruh lain mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan semua mangsa yang maut menaiki lori simen itu atau berada di tepi jalan sewaktu kejadian.

Tiga mangsa yang maut ialah pekerja warga asing, manakala tiga lagi yang cedera parah belum dikenal pasti identiti mereka.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata siasatan awal mendapati lori simen dipandu lelaki warga tempatan hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu merempuh tebing bukit.

Anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi memantau kemalangan yang berlaku di Jalan Pahu, Kiulu, Tuaran Sabah.
Anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi memantau kemalangan yang berlaku di Jalan Pahu, Kiulu, Tuaran Sabah.

“Akibat rempuhan itu, lori itu kemudian bergolek sejauh 70 meter menyebabkan dua mangsa iaitu lelaki dan wanita maut di lokasi kejadian.

"Seorang lagi lelaki meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuaran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel Berkaitan:

Tambah Dzulbaharin, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 1.15 tengha hari.

“Sewaktu tiba di lokasi, kita menemui dua mangsa yang sudah disahkan meninggal dunia. Anggota bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu mengangkat mangsa sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya.