X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Nisbah seorang doktor untuk 454 penduduk

Dr Adham Baba
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai seramai 71,041 doktor perubatan yang berkhidmat di sektor awam dan swasta dengan nisbah seorang doktor boleh memberi khidmat kepada 454 penduduk setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 73 peratus atau seramai 51,912 doktor perubatan berdaftar dan berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

“Nisbah ini adalah lebih baik berbanding nisbah satu kepada 500 (1:500),” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini, bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang ingin tahu mengenai bilangan doktor di bawah KKM dan nisbah doktor bagi setiap penduduk Malaysia.

Dzulkefly turut ingin tahu sama ada Malaysia merancang untuk menambah bilangan doktor selari dengan saranan nisbah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan satu doktor bagi setiap 500 penduduk.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, sehingga 30 Jun lepas, seramai 11,059 doktor pergigian bekerja dalam sektor awam dan swasta bersamaan dengan nisbah seorang doktor bagi 2,963 penduduk dan daripada jumlah keseluruhan doktor pergigian itu, seramai 6,530 berkhidmat di bawah KKM.

“Bagi ahli farmasi pula, seramai 19,341 individu bekerja dalam sektor awam dan swasta dengan nisbah satu bagi 1,694 penduduk dan daripada jumlah ini, seramai 11,616 ahli farmasi berdaftar dan berkhidmat di KKM,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!