Piala Thomas: Malaysia-Indonesia berentap awal

Saingan Piala Thomas dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark mulai 3 hingga 11 Oktober depan.
Saingan Piala Thomas dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark mulai 3 hingga 11 Oktober depan.
A
A
A

MALAYSIA diundi dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Belanda dan England pada saingan Piala Thomas yang dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark mulai 3 hingga 11 Oktober depan.

Kumpulan B pula menampilkan penyandang juara, China selain Taiwan, Australia dan Perancis manakala naib juara edisi 2018, Jepun berada bersama Korea Selatan, Thailand dan Kanada dalam Kumpulan D.

Jaguh Eropah, Denmark yang juga semi finalis Piala Thomas 2018 pula diundi berada dalam Kumpulan C bersama India, Jerman dan Algeria.

Bagi saingan Piala Uber, Malaysia diundi dalam Kumpulan B yang turut menampilkan Korea Selatan, Indonesia dan Australia.

Penyandang juara, Jepun yang menewaskan Thailand 3-0 pada aksi final edisi 2018 diundi dalam Kumpulan A bersama Taiwan, Mesir dan Sepanyol.

Kumpulan C pula melibatkan Thailand, Denmark, Scotland dan Kanada manakala Kumpulan D dibarisi China, India, Perancis dan Jerman.

Majlis undian saingan Piala Thomas dan Piala Uber 2020 telah dilangsungkan di ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: