Ultras Kedah sumbang RM1,000 untuk KFA

Foto: Facebook Ultras Kedah 2009-UK2009
Foto: Facebook Ultras Kedah 2009-UK2009
A
A
A

PEMAIN ke-12 Lang Merah, Ultras Kedah 2009 (UK09) tampil menghulurkan sumbang RM1,000 bagi membantu meringankan beban kewangan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang dipalit isu tunggakan gaji kem Kedah.

Menurut UK09, " Kebanyakkan sektor di seluruh dunia termasuk bola sepak amat terkesan dengan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Malaysia juga tidak terkecuali turut terkesan dengan pandemik Covid-19 ini yang menjejaskan industri sukan negara.

"Kami berharap dengan sumbangan seikhlas hati ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan yang sedang ditanggung persatuan.

"Sumber kewangan ini juga hasil penjualan Merchandise UK 10 years. Terima kasih untuk semua yang menyokong produk UK09," katanya yang dipetik dari laman Facebook Ultras Kedah 2009-UK2009.

Artikel Berkaitan: