Kerajaan pastikan tambang RTS tidak mahal

 Kerajaan akan memastikan harga tambang bagi Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Singapura dan Malaysia di sini tidak akan mahal.
Kerajaan akan memastikan harga tambang bagi Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Singapura dan Malaysia di sini tidak akan mahal.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan akan memastikan harga tambang bagi Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Singapura dan Malaysia di sini tidak akan mahal, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan kepentingan rakyat apabila membuat keputusan mengenai harga tambang RTS yang dijadualkan siap pada 2026 itu.

“Berapa pun jumlahnya, kami akan memutuskan harga yang sama mengikut mata wang masing-masing dan perkara ini akan diumumkan sebelum (RTS mula) beroperasi.

“Ia tidak akan mahal. Kami harus mempertimbangkan kumpulan B40 dan mereka yang menaiki pengangkutan ini setiap hari,” katanya pada sidang akhbar mengenai persetujuan meneruskan projek RTS itu di sini hari ini. Bernama

Artikel Berkaitan: