Guna duit bantuan Covid-19 beli Lamborghini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TALLAHASSEE - Seorang lelaki di Florida dituduh melakukan penipuan selepas menggunakan wang pinjaman Program Perlindungan Gaji (PPP) bernilai AS$4 juta (RM16.9 juta) untuk membeli sebuah kereta mewah.

Satu aduan dibuat di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) menuduh David Hines berusia lingkungan 30-an telah memohon pinjaman untuk beberapa syarikat berjumlah sekitar AS$13.5 juta (RM57.2 juta).

Bagaimanapun, Hines didapati menggunakan wang yang diterima untuk berbelanja di kedai mewah dan berbohong mengenai berapa jumlah yang sepatutnya perlu dibayar kepada pekerja.

Hines didakwa dengan tuduhan penipuan bank, membuat penyata palsu kepada institusi kewangan dan melakukan transaksi dalam hasil yang tidak sah.

Difahamkan, Bank AS telah meluluskan permohonan PPP yang menuntut pembayaran gaji kepada 70 orang pekerja dengan gaji bulanan berjumlah AS$4 juta (RM16.9 juta).

Pendakwa berkata, selepas menerima dana PPP, Hines didapati membeli sebuah kereta mewah Lamborghini Huracan 2020 dengan harga sekitar AS$318,000 (RM1.3 juta) yang didaftarkan bersama atas namanya dan salah satu syarikat miliknya. - Agensi

Artikel Berkaitan: