RM6 juta kabel MRT dicuri sejak 2016

MRT - Gambar hiasan
A
A

SUNGAI BULOH - Rapid Rail Sdn Bhd mengalami kerugian lebih RM6 juta susulan kes kecurian kabel sejak Transit Aliran Massa (MRT) mula beroperasi 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairani Mohamad berkata, malah kes kecurian itu berlaku semasa MRT dalam tempoh pembinaan lagi.

“Tahun lepas sahaja terdapat lapan kes dilaporkan berhubung kes kecurian kabel MRT. Kita akan meningkatkan kawalan tahap keselamatan di sepanjang 51 kilometer jajaran laluan Sungai Buloh - Kajang bagi mencegah .

“Antara lain akan memasang pagar pengadang dan penutup kabel pada tiang jejambat bagi mengelakkan kecurian kabel,” katanya dalam sidang media di depot MRT Sungai Buloh, hari ini.

Menurutnya, rakan cop MRT akan ditubuhkan bagi membolehkan masyarakat turut membantu dalam hal tersebut.

Semalam, seorang lelaki ditahan kerana disyaki cuba mencuri kabel di satu lokasi antara stesen Pusat Bandar Damansara serta Phileo Damansara dan perbuatan itu mengakibatkan perkhidmatan MRT terhenti buat seketika. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki cuba curi kabel di stesen MRT ditahan


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia