Dadah: Penjara enam tahun, tiga sebatan

Bahana dadah, Mohd Fadzil dipenjara enam tahun dan tiga sebatan.
Bahana dadah, Mohd Fadzil dipenjara enam tahun dan tiga sebatan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tak pernah serik menghisap dadah, seorang lelaki dikenakan hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan atas kesalahan sama, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Fadzil Noor Ismail, 36, yang memiliki dua rekod jenayah lampau didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C akta sama.

Selain itu, tertuduh juga diarahkan untuk menjalani pengawasan selama dua tahun sebaik hukuman penjaranya berakhir.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menyalahgunakan dadah jenis methamphetamine dengan memasukkan ke dalam badannya sendiri, yang menjadi kesalahan kali ketiga pernah dilakukan.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, Marang jam 8.30 malam pada 21 April 2018.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah.

Artikel Berkaitan: