Muhyiddin terima kunjungan hormat Majlis Dakwah Negara

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Soal perpaduan orang Melayu dan kedudukan agama Islam antara topik perbincangan semasa kunjungan hormat delegasi Majlis Dakwah Negara (MDN) ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya, di Putrajaya hari ini.

Turut dibincangkan dalam pertemuan kira-kira satu jam itu adalah peranan MDN dalam memperkukuhkan perpaduan orang Melayu selain hal pemerkasaan ekonomi orang Islam melalui pengupayaan institusi wakaf dan zakat termasuk pemilikan rumah bagi orang Melayu di bandar.

"Saya mencadangkan pihak MDN bertemu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membincangkan secara lanjut tentang perkara itu serta mengenai hal-hal berkaitan umat Islam,” kata Muhyiddin menerusi catatan di laman Facebook beliau malam ini.

Turut dimuat naik dalam catatan itu, lima keping gambar kunjungan hormat yang diketuai Pengerusi MDN, Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid.

Turut hadir, Naib Pengerusi MDN, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan kepimpinan tertinggi MDN iaitu Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd, Tun Mohammed Haniff Omar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Sheikh Ghazali Ab Rahman dan Nordin Mahamud. - Bernama

Artikel Berkaitan: