Aishwarya Rai, anak pulih Covid-19

Abhishek Bachchan bersama Aishwarya Rai dan anak perempuannya, Aaradha.
Abhishek Bachchan bersama Aishwarya Rai dan anak perempuannya, Aaradha.
A
A
A

PELAKON jelita Bollywood, jelita, Aishwarya Rai dan anak perempuannya, Aaradha telah dibenarkan keluar dari hospital setelah hasil ujian saringan wabak koronavirus (Covid-19) adalah negatif.

Berita itu dimaklumkan oleh suaminya juga seorang pelakon hebat, Abhishek Bachchan, 46, menerusi akaun Twitter, lapor BBC.

"Aishwarya dan Aaradhya telah dibenarkan keluar hospital dan mereka kini dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Saya dan bapa masih ditahan di hospital dan masih menerima rawatan, dijaga dengan baik oleh petugas perubatan," katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan mereka sekeluarga.

Pada 12 Julai, Amitabh Bachchan, 77, disahkan positif wabak berkenaan setelah menunjukkan gejala ringan.

Susulan daripada itu, Abhishek dan keluarganya turut disahkan positif.

Artikel Berkaitan: