KPI berbeza pegawai, pengurusan pasukan

Pemain serta pegawai pasukan meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia musim 2018, lalu.
A
A

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), menetapkan petunjuk prestasi semasa (KPI) berbeza kepada pihak pegawai dan pengurusan skuad The Bos Gaurus itu musim ini.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, KPI bagi pengurus atau jurulatih pasukan pastinya berbeza dalam usaha memajukan lagi skuad itu.

“Sudah tentu KPI berbeza. Kalau boleh kita nak bawak balik semua piala. Tapi sebenarnya kita nak majukan pemain, bawa mereka hingga ke peringkat global dan menjadi pemain bertaraf dunia,” katanya ketika sesi temu bual di konti Perak FM, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal turut memaklumkan berhubung penganjuran Karnival Sukan Mini sempena dengan Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Pasukan Perak 2019 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Sabtu ini.

Sementara itu, Ahmad Faizal turut mengumumkan mengenai pertandingan e-Sport Fifa Challenge bagi merebut Piala Peja pada karnival berkenaan.

“Secara keseluruhannya, kita nak popularkan dan aktifkan e-sport ini,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia