Mumia pembunuh bersiri dikebumikan selepas enam dekad

Mayat Si Quey, 32, dipamerkan di Muzium Hospital Siriraj, Bangkok, Thailand selepas dihukum mati pada 18 September 1959.
Mayat Si Quey, 32, dipamerkan di Muzium Hospital Siriraj, Bangkok, Thailand selepas dihukum mati pada 18 September 1959.
A
A
A

BANGKOK - Mumia seorang pembunuh bersiri dan kanibal di Thailand dikebumikan selepas 60 tahun dipamerkan di sebuah muzium di Bangkok, Thailand.

Si Quey, 32, dijatuhkan hukuman mati pada 18 September 1959 kerana dituduh membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Rayong.

Mayat Quey kemudian diawet dan dipamerkan di Muzium Hospital Siriraj sehingga pada tahun lalu apabila satu petisyen dilancarkan oleh kumpulan yang bersimpati dengannya dan mahu mayat tersebut dikebumikan.

Pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan) hari ini, mayat tersebut dibawa keluar dari muzium berkenaan untuk upacara pengebumian.

Quey turut dituduh membunuh lima kanak-kanak lain dan dia mengaku gemar memakan usus dan organ dalaman mereka. - Agensi

Artikel Berkaitan: