Sila log masuk terlebih dahulu.

Guru bersara selepas 30 tahun curah bakti

A
A
A

BERITA SEMASA 27 MEI 2023

Berkhidmat hanya di satu sekolah sehingga bersara merupakan rezeki dan pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh seorang Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Palong 7 (F), Jempol Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Guru berkenaan, Zalina Ismail berkata, mula berkhidmat di sekolah itu pada 16 Julai 1992 dan bakal menamatkan perkhidmatannya secara rasmi pada 28 Mei ini selepas lebih 30 tahun menjadi pendidik.

Menurutnya, sekolah ini merupakan penempatan pertama beliau yang mengajar subjek mata pelajaran matematik tambahan sebelum diberi kepercayaan memegang beberapa jawatan lain.

Antara jawatan berkenaan adalah Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Matematik dan Guru Kanan Ko-Kurikulum sebelum menjadi Guru GPK HEM.

Artikel: https://shorturl.at/fhDKQ

Muzik: pianomoment dari www.bensound.com