Budak nyaris jadi mangsa culik bapa saudara

Rakaman CCTV yang tular menunjukkan kanak-kanak perempuan yang nyaris diculik dua lelaki di Shakarpur. - Foto Times of India
Rakaman CCTV yang tular menunjukkan kanak-kanak perempuan yang nyaris diculik dua lelaki di Shakarpur. - Foto Times of India
A
A
A

NEW DELHI - Seorang kanak-kanak empat tahun nyaris menjadi mangsa culik dua lelaki di kawasan rumahnya di Shakarpur, di sini.

Kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 4 petang kelmarin, menunjukkan kanak-kanak perempuan itu sedang bermain di hadapan rumahnya sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal, lapor Times of India.

Bagaimanapun tindakan tersebut berjaya dihalang oleh ibunya.

Polis, DCP (timur) Jasmeet Singh berkata, dua lelaki itu terjatuh selepas si ibu menolak motosikal mereka.

"Jeritan daripada si ibu juga didengari jiran yang turut membantu menangkap mereka namun si pelaku berjaya meloloskan diri dan meninggalkan motosikal di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati motosikal itu milik individu dikenali Dheeraj.

"Dheeraj memberitahu Upender menjadi 'mastermind' merancang menculik anak saudara sebagai tebusan kerana mahu memeras wang milik abangnya sebanyak 100,000 Rupee (RM5,693).

"Dia melakukan perbuatan itu kerana tiada pendapatan dan memandangkan abangnya mempunyai sebuah kedai pakaian di Gandhi Nagar lalu menjadikan anak saudara sebagai tebusan.

Artikel Berkaitan:

"Kini, polis masih mencari beberapa rakan kongsi si pelaku dan siasatan terus dijalankan," katanya.

Sebelum ini di laman sosial, tular rakaman CCTV berdurasi 1 minit yang mendapat kecaman daripada masyarakat dan menyifatkan perbuatan jenayah itu tidak wajar berlaku kerana melibatkan hubungan ahli keluarga.