X

Kindly register in order to view this article
!

Bubble Bee sasar 100 cawangan tahun ini

Shuib di hadapan cawangan keenam Bubble Bee di Kota Damansara.
A
A

KOTA DAMANSARA - Bubble Bee Sdn Bhd menyasarkan pembukaan lebih 100 cawangan baharu tahun ini.

Pengasasnya, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali Shuib berkata, pihaknya berhasrat mempunyai lebih banyak cawangan untuk tahun ini berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Buat masa kini katanya, Bubble Bee mempunyai enam cawangan dan sasaran selepas ini meliputi beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

SHUIB
SHUIB

"Bila dinyatakan hasrat ini, ramai yang menganggapnya agak mustahil, namun bagi saya, tidak salah untuk menyasarkannya.

"Insya-ALLAH, ia boleh dicapai dalam tahun ini," katanya kepada Sinar Harian selepas hadir Majlis Pembukaan Cawangan Baharu Bubble Bee di The Strand Mall, Kota Damansara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pelakon dan pelawak itu berkata, perancangan jangka masa hadapan adalah untuk meluaskan empayar Bubble Bee di beberapa negara Asia seperti Brunei, Singapura, Taiwan, Korea dan beberapa negara Asia lain.

Shuib melayani pelanggan di cawangan Bubble Bee yang keenam di Kota Damansara di sini.
Shuib melayani pelanggan di cawangan Bubble Bee yang keenam di Kota Damansara di sini.

"Saya mahu menjadikan produk tempatan ini bukan sahaja dikenali dalam negara malahan di luar negara, membawa nama produk tempatan adalah kebanggaan saya yang utama," katanya.

Menurutnya, asas utama minuman yang disajikan di Bubble Bee ini adalah madu tempatan begitu juga dengan ais krim yang turut dicampurkan dengan bahan tersebut, sekali gus membangkitkan rasa enak selain madu itu sendiri yang turut memberi banyak khasiat kepada kesihatan.

"Alhamdulillah, setakat ini jenama Bubble Bee ini sememangnya mendapat sambutan dan saya harap ia akan terus kekal di hati masyarakat di negara ini.

"Kepada masyarakat, teruslah beri sokongan kepada jenama ini dan ini merupakan jenama anak Malaysia dan membawa nama negara itu sendiri," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!