Terompah tradisional

A
A
A

Apabila bercerita tentang pemakaian terompah pada masa kini, ramai generasi muda yang tidak mengenalinya apatah lagi memakainya.

Terompah merupakan pengalas kaki yang diperbuat daripada kayu dan digunakan seharian oleh masyarakat pada suatu masa dahulu, namun peranannya kini telah diambil alih oleh selipar.

Sehingga sekarang, masih ada lagi individu yang meminati pemakaian terompah dan berharap tradisi yang sinonim dengan masyarakat Cina dan Baba Nyonya ini tidak sewenang-wenangnya dilupakan oleh generasi muda sekarang.

Berikutan minat dan hobi mengumpul terompah, Angeli Choo, 52, mula belajar membuat terompah daripada suaminya Teh Guan Eng, 52.

Bermula dengan hobi semata-mata, beliau kini sudah mempunyai sebuah kilang yang bertanggungjawab bagi kerja-kerja memotong, melicinkan kayu, memaku dan mewarna yang masih dilakukan secara manual.

Menurutnya, beliau berharap hobinya itu akan dapat menghidupkan kembali penggunaan terompah pada masa sekarang, maka beliau mula menjual terompah pada tahun 2014 dibawah jenama 'Patricia Choo Collection'.

Bagi menarik perhatian orang ramai terhadap penghasilan terompah secara tradisional, beliau menghias terompah berkenaan dengan pelbagai warna dan corak.

Kini kedainya bukan sahaja menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara, malah kedainya itu seringkali menjadi pilihan destinasi pelancongan yang sering disyorkan oleh pemandu pelancong bagi membeli barangan cenderahati.

Artikel Berkaitan:

Namun begitu, berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kelompok pelanggan beliau kini telah dikecilkan dengan hanya tertumpu kepada pelanggan dan pelancong tempatan.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Bacaan Yassin Warga TLDM Kota Kinabalu

No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas