Tukang perabot didakwa bunuh bekas isteri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang tukang perabot dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh bekas isterinya, Rabu lepas.

Tertuduh, Oh King Zee, 33, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Oh yang mempunyai dua anak didakwa membunuh Goh Jing Pei, 27, di Taman Ehsan Jaya, di sini pada kira-kira jam 6.00 pagi, 15 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Benedict Choong Kai-Qi manakala tertuduh diwakili peguam Yap Che Kai.

Mahkamah menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan perubatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: