Buruh binaan maut tertimbus

Lokasi pekerja buruh binaan maut akibat runtuhan tanah di Kota Damansara.
Lokasi pekerja buruh binaan maut akibat runtuhan tanah di Kota Damansara.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang buruh binaan maut selepas tertimbus di sebuah tapak pembinaan di Kota Damansara di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Nik Ezanee Mohd Faizal berkata, kejadian pada jam 12.58 tengah hari itu berlaku ketika lelaki warga asing berusia 35 tahun itu sedang melakukan kerja-kerja pemasangan paip pembuangan air bawah tanah.

"Mangsa berusia 35 tahun itu dikatakan terperangkap bawah runtuhan tanah selepas tanah dinding berhampiran runtuh.

"Runtuhan berlaku dalam bentuk ketulan besar lalu menimbus mangsa sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Artikel Berkaitan: