Sarawak United hantar semula permohonan

Laporan Sinar Harian 19 Julai lalu. Gambar kecil: Jefry Lana
Laporan Sinar Harian 19 Julai lalu. Gambar kecil: Jefry Lana
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) mengesahkan bahawa persatuan itu hari ini telah menghantar permohonan yang diperlukan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk memulakan sesi latihan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada 26 Ogos depan.

Biarpun begitu menurut Setiausaha Agung FAS, Jefry Lana, pihak persatuan telah pun melengkapkan lebih awal permohonan pada 1 Julai lalu seperti diminta pentadbir Liga-M berkenaan.

"Ikutkan surat pengesahan daripada doktor perubatan pasukan dan surat MITI sudah hantar pada 1 Julai lalu tapi disebabkan berlaku sedikit masalah komunikasi di pihak kami menyebabkan permohonan itu tidak lengkap apabila tiba kepada pihak MFL.

"Cuma surat pengesahan doktor dan surat MITI sahaja yang pihak kami terlepas pandang sebelum ini, namun begitu FAS mengambil tindakan segera menghantar sekali lagi permohonan yang lengkap kepada pihak bertanggungjawab seperti diarahkan MFL.

"Kami sebagai antara pemegang taruh dalam Liga-M, Sarawak United komited untuk kembali memberi saingan dalam baki perlawanan Liga-M khasnya Liga Premier musim ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sarawak United kini berada pada kedudukan kesembilan liga dengan tiga mata selepas mengharungi empat perlawanan.

MFL sebelum ini menegaskan Kelantan dan Sarawak United antara dua pasukan Liga-M yang belum diluluskan status permohonan memulakan sesi latihan.

Artikel Berkaitan: