X

Kindly register in order to view this article
!

Amanah hasrat tanding kerusi Bandar Tun Razak

Ir Hayatul Kamil
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Amanah Bandar Tun Razak, Ir Hayatul Kamil berkata, keputusan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaafar yang sebelum ini mewakili PH bertindak keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas sejak Februari lalu.

Menurutnya, Amanah juga telah melakukan persiapan bagi menghadapi PRU15 bagi menarik sokongan pengundi di kawasan itu.

"Antaranya, gerak kerja melalui program menyantuni rakyat B40 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hayatul berkata, beliau yakin prestasi cemerlang dipamerkan pemimpin Amanah mampu menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

"Rekod pemimpin Amanah yang menunjukkan prestasi baik dan berintegriti dengan tidak melompat parti boleh menarik undi lebih tinggi kepada PH pada pilihan raya akan datang," katanya.

Pada PRU14, Kamaruddin menang dengan 41,126 undi menewaskan pencabarnya, calon Barisan Nasional (BN), Adnan Seman (21,196 undi) dan calon Pas, Dr Rosni Adam (7,884 undi).

Bagaimanapun Kamarudin merupakan antara 11 ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti bersama bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!