X

Kindly register in order to view this article
!

Warisan sedia pertimbang Tun M sertai parti

Liew Vui Keong
A
A

SANDAKAN - Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia mempertimbangkan untuk mengubah perlembagaan parti itu sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat menyertai mereka.

Menurut laporan Astro Awani, Pengerusi Tetap Warisan, Datuk Liew Vui Keong berkata, penyertaan bekas Perdana Menteri itu dalam Warisan berkemungkinan boleh berlaku.

Bagaimanapun katanya, jika perkara itu berlaku, perlembagaan parti tersebut perlu diubah terlebih dahulu.

“Setakat ini parti Warisan hanya tertumpu kepada negeri Sabah tetapi perlembagaan boleh ditukar untuk menjadikannya Parti Warisan Malaysia.

“Sekiranya ada ahli Parlimen lain yang ingin bersama-sama dengan perjuangan Warisan, saya rasa kita boleh mempertimbangkan perkara ini kepada parti,” katanya ketika ditemui dalam lawatan kerja di Kampung Sirabut di sini hari ini.

Sebelum ini, ada pihak mencadangkan Ahli Parlimen Langkawi yang mencalonkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri itu menyertai parti berkenaan.

Terdahulu, pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengumumkan berada di blok Bebas dan mengumumkan menyokong Warisan.

Bersama-sama Dr Mahathir empat lagi ahli Parlimen lain ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!